Langkau ke kandungan utama

Calamine Lotion

Assalamualaikum, buat Dunia baru pada hari ini. Masih bernafas seperti biasa. Satu nikmat ilahi yang sering dilupakan. 

Hari ni Darling tiba-tiba nak cerita sikit mengenai masalah Darling(geli nak tulis berdaling darling)haha. Just for fun sementara di dunia ini. Tibe

Okay just nak share dekat pembaca semua kulit badan dan muka Sya jenis senang merah or easily get rashes from nowhere. Kadang-kadang tu  bangun je dari tidur akan gatal-gatal bahagian kaki dan tangan. Ada juga dulu masa study kat uia pernah sampai pergi ke klinik Uia lah dia punya gatal dan ada bintik-bintik merah kat pergelangan tangan ni. Tapi masa pergi Klinik tu my redness macam dah reduce so do doctor just bagi ubat sapu je time tu. Doctor time tu just kata gatal atau alergik je ni. (Actually almost 3 days dah baru nak pergi sebab kene marah dengan my terry(bff)). My friend risau tengok ada bintik-bintik merah kat tangan tu yang Terry nasihatkan silalah ke Klinik.

Nak dijadikan cerita after few years my bintik-bintik like this(picture below) datang balik and even worse than before(masa kat uia). Mungkin disebabkan hama dari tilam,pepijat or maybe kucing or memang kulit ni saja nak protes or kene gigitan serangga. Pepijat ni tak kira brand tilam apa korang guna hahah..

Lagipon tak boleh la nak self diagnose je kene juga jumpa doctor... Lagi-lagi di musim Corona ni Sya malas nak keluar rumah.. Soon Insha allah Sya akan jumpa doctor if my itchness and redness ni tak sembuh-sembuh. Tapi untuk sementara waktu ni Sya just guna 1 lotion ni je.

So here is the lotion that I used for my itchiness. 

Calamine lotion. 

1. Apa tu calamine lotion?

https://www.drugs.com/mtm/calamine-topical.html

(Boleh baca dengan lebih lanjut di Link di atas)

Okay so basically Calamine ni adalah ubat topikal yang dapat merawat kulit yang gatal atau ada masalah kulit yang tidak terlalu serius. 

2. Harga sangatlah murah RM5.50 tapi ikut pharmacy or brand ya (i beli online je RM4.80)

3. Sesuai untuk semua peringkat usia.

4. Banyak kebaikan guna Calamine lotion ni antaranya dapat mengurangkan kegatalan,merah-merah di kulit, sunburn,ada kulit muka yang serasi pakai ni masa naik pimple,Sya pon guna juga bila ada jerawat yang susah nk hilang kalau dah selalu sangat pakai ubat jerawat last2 guna calamine je terus surut dan tak de gatal tapi ikut kulit ya. Ada yang tak sesuai. Apa² pon ikut pada kesesuaian kulit masing-masing dan juga boleh digunakan if Kita kene gigitan serangga. 

5. Cara pakai sangatlah mudah.

First kene beli dekat pharmacy/watsons/guardian mesti ada online pon ada. 

Second sebelum apply directly ke kulit kene pastikan badan kita bersih dan kering mandi pakai sabun elok² hehe..lepas goncang dulu botolnya ya sebab dia berair bukan cream ada juga dalam bentuk cream biasa yang tu untuk baby. 

Third lepas dh goncang sikit² tu boleh la letak kat tapak tangan dan sapu dekat bahagian yang gatal² tu. Elok pakai malam sejuk je kulit hehe.

 Lagi satu lotion ni agak bewarna macam colour pink pudar/gelap macam tu. Mungkin boleh stain dekat baju or seluar. So better pakai malam,esoknya boleh mandi terus dan gosok² bahagian yang dipakai lotion tu sebab dia agak melekat kene tonyoh² manja sikit ya. Insha Allah pakai dalam 2-3 Hari akan surut bintik² merah Dan gatal². Dengan izinNya.  



CALAMINE LOTION YANG KIRI BELI DEKAT WATSONS LANGKAWI (HEHE) DAH JADI SEDIKIT BEKU SEBAB DAH ALMOST 2 YEARS DAN YANG KANAN BOTOL PINK BARU JE BELI ONLINE KAT LAZADA. TEXTURE SEBENAR ADALAH CAIR  


                                       

NI YANG DAH BEKU. 


Last gambar kulit yang seakan akan kulit Sya kene.

GAMBAR GOOGLE DARI (detikHealth)

Selepas dah ikthiar dengan Calamine lotion dapat kurangkan merah dan gatal-gatal tu dan sekarang tinggal bekas je. 

Tapi apa pon kesihatan yang dikurniakan Allah pada kita pada hari ni sentiasa kita perlu syukuri. 

Ini adalah pengalaman peribadi penulis. DarlingSyaiz


Ulasan